Kisah seumpama ini mungkin pernah di alami oleh orang lain, atau mungkin pernah tersiar di dalam cerekarama atau kisah benar kat TV. Bujang putus cinta kemudian bercinta lagi, itu biasa. Wanita bujang bercinta dengan laki orang, itu biasa. Anak teruna bercinta dengan bini orang, itu biasa juga. Ini kisah laki orang yang jatuh cinta lagi dengan bini orang, biasa ke tak biasa dengar tu?
Di mana perkara ni berlaku? Di office. Di mana tu? Ada ler.
Laki orang ni, dah nak masuk 40. Bini orang tu pun lebih kurang lah usianya. Anak-anak masing-masing dah ada, masing-masing dah ada pengalaman buat anak, lahirkan anak dan jaga anak. Laki orang tu memang lah takde pengalaman lahirkan anak. Tapi kenapa ler hatinya boleh terpaut kat barang lama tu. Apa kelas.
Aku tak nak bersembang pasal dosa pahala, orang kalau nampak dosa besar bukit nescaya orang tak kan buat dosa, masalahnya dosa tu tak nampak. Orait.
Aku tanya kenapa ler si laki kabaret ni boleh jatuh cinta kat bini orang tu, maka dijawabnya sebab bini orang tu nampak gebu, body cantik, syok tengok, orang Ganu kata sting.. kakakaka. Aduhai sebab nafsu rupanya.
Aku tertanya-tanya sendiri apa specification yang ada pada isteri dia. Sport light tak terang ka, rear bumper jatuh ka, alignment lari ka, piston cylinder jam ka.. mesti ada sebab kenapa dia syok kat bini orang lain.
So salah kah jatuh cinta sekali lagi, jawapannya tak salah. Kalau tanya wife aku memang salah ler.
Salah sekiranya bercinta dengan bini orang lain, lain ler kalau jatuh hati kat anak dara atau mak janda. Itu pendapat aku, tak kiralah apa alasannya namun lelaki tidak salah dalam hal ni. Jangan marah, betul tu.
Mari kita cari kesalahan orang lain. Siapa nak di salahkan kalau laki jatuh cinta lagi. Salahkan laki yang tak cukup satu barang? Atau salahkan isteri yang tak tau jaga.. err jaga penampilan diri dan tak pandai jaga laki.
Kata orang, lelaki berkahwin dengan wanita tersebut kerana dia rasa wanita tersebut tidak akan berubah, wanita berkahwin dengan lelaki tersebut kerana percaya lelaki itu akan berubah.
Orait..
Apabila ini berlaku, yang biasa kena tuduh ialah si laki tersebut. Kaum sebelah satu lagi akan bermesyuarat tingkap dan menuduh si laki tersebut gatal. Kaum lelaki tak akan bermesyuarat tingkap, sebab itu bukan kerja mereka.. hahaha.
Aku pernah bertelagah dengan seseorang dari kaum ibu, dia cakap perempuan ni sama jer. Aku cakap tak. Berulang kali aku cakap tak. Last-last dia cakap lepas kahwin sama jer, mula-mula jer lain. Tang ke situ pulak makcik ni.. so agaknya ini lah yang menyebabkan si laki tu suka kat perempuan lain.. tapi kenapa pada bini orang..?
..ahh jalan terus..
Dari satu email, entah siapa penulisnya telah menghantar kepada aku.Kalau suami mula berahsia..Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suaraItu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tuaItu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak adaItu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik ajeItu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamuItu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahuItu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singaItu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen ajeItu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke mukaItu tandanya dia nak memberimu title JANDA..
Aku percaya ini semua ditulis oleh kaum yang suka bermesyuarat tingkap tu.