Tuesday, 31 March 2009

Teruslah Memohon Ampun Kepada Allah, Walaupun Kerap Kali Kamu Berbuat Dosa

Allah Berfirman: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka " (Ali-Imraan 3:135)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini: "Ertinya apabila berbuat dosa, mereka segera mengiringinya dengan taubat dan memohon ampun"'

Abdurrazaq meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, ia berkata: "Telah diceritakan kepada ku bahawa Iblis menangis ketika turun ayat ini" (Abdurrazaq (I/133))

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya ada seorang yg berbuat dosa, lalu ia berkata: 'Wahai Rabb-ku, aku telah berbuat dosa, maka ampunilah dosa ku ini' Maka Allah berfirman: 'HambaKu telah berdosa, dan ia meyakini bahawa ia memiliki Rabb yang dapat mengampuni dosa atau memberikan hukuman kerananya.Sungguh,Aku telah mengampuni hambaKu itu. Kemudian org tersebut berbuat dosa lagi, maka ia berkata: 'Ya Rabb-ku aku telah berdosa , maka ampunilah dosaku itu', Maka Allah swt berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahawa ia memiliki Rabb yang dapat mengampuni atau memberikan hukuman kerana dosanya. Sungguh, Aku ampuni hamba-Ku itu'. Kemudian ia kembali berbuat dosa, lalu ia berkata 'Ya Rabb-ku, aku telah melakukan dosa lagi, maka ampunilah'.

Allah swt berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahawa ia memiliki Rabb yang dapat mengampuni atau memberikan hukuman kerana dosanya. Sungguh, Aku ampuni hamba-Ku itu'. Setelah itu, org tersebut berbuat dosa lagi, maka ia berkata: 'Ya Rabb-ku aku telah berdosa , maka ampunilah dosaku itu'.Maka Allah swt berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahawa ia memiliki Rabb yang dapat mengampuni dosa atau memberi hukuman kerananya. Aku persilakan kepada kalian (Wahai Para Malaikat) bahawa aku telah mengampuni hambaKu itu, maka silalah ia berbuat sesukanya(selama engkau berbuat salah dan diikuti bertaubat kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampunimu." (Ahmad (II/296), Fathul Baari (XIII/474) Al-Bukhari no 7507, Muslim no 2758)

Wednesday, 04 March 2009

Hilangkan rasa mengantuk



Cara nak hilangkan mengantuk bila memandu..
Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi…

“LA TAK KHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)


Bukan sahaja mengantuk apabila memandu sahaja..boleh juga diamalkan bila-bila ketika berasa mengantuk seperti di tempat kerja, waktu belajar di dalam kelas, waktu mendengar ceramah atau kuliah dan sebagainya…

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan atau musibah adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Bila kita berdoa dan meletakkan pergantungan pada Allah.. Allah akan memelihara kesejahteraan kita asalkan kita ikhlas dan yakin dalam beramal..insyaAllah