Friday, 27 February 2009

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita…

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baikteknik diplomasi.- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.- Mereka tidak suka bersendirian.-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.- Mereka sangat popular dan idealistik.- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.- Mereka sangat suka berahsia.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat Manusia secara objektif.- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.- Mereka sangat penyayang dan pemurah.- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Rahsia Tahi Lalat Anda…!!

Tengok ler kat maner tahi lalat korang yek…

1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun - kurang jujur
4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri - ramai yang suka
13. Di pipi kanan - ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16. Pada hidung - banyak rezeki
17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55. Betis kanan - suka berpoya, boros
56. Betis kiri - tidak suka menganggur
57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri - baik budi
59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri - kurang berusaha

Rahsia Tarikh Lahir Anda…!

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginanpasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30 Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalahsebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasanganyang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, sukabergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu Dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta diasangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantuiperasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukanpenampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalampergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara.Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagaiperayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara. “

Rahsia Dahi Anda…!

Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan…. Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.

Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat-nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Lambang Kasih Sejati...



Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Taj Mahal kekadang dipanggil ‘Taj’ sahaja adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan ‘permata senibina Islam’.



Asal dan Inspirasi

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isteri tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Pengaruh
Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibina ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.

Pembinaan
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad bentuk bangunan ini. Ustaz mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa sebanyak 22 tahun.

Taman rekreasi
Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Ada empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.

Seni khat
Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Kontraktor projek
Taj Mahal mendapat dibina oleh sekumpulan tukang / kontraktor dari seluruh dunia:

Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
[Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
Muhammad Hanif - penyelia
Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
Pengukir dari Bukhara.
Caligrafi dari Syria dan Farsi.
Inlayer dari India Selatan.
Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.
Bahan binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek dipancung
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhi arkitek Ustaz Ahmad Lauhari hukuman pancung. Di samping itu, kesemua tukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Mahal seorang yang ’sentimental’ dan tidak ada bukti kezalimannya.

Sejarah
Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jehan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jehan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.

Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata d dindingnya.

Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.

Ketika Perang Dunia II pada 1942 , dindingnya rosak terkena serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.

Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.

Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

Pelancongan
Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benada ajaib di dunia.Bandar kecil seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.

2-3 juta pelancong datang setiap tahun dan 200,000 darinya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak letak kereta dan bas elektrik.

Mitos
Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa di seberang Sungai Jumna dengan ‘taj hitam’, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar warna putih sahaja.

Kontroversi
Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.

Penulis P.N Oak ini juga mendakwa Kaabah di Mekah adalah jelmaan dewa Shiva. Beliau turut mendakwa makam Humayun, Akbar, Vatican, Kaabah , Stonehenge adalah kuil atau istana Hindu. Semua ini timbul berikutan sentimen anti-Islam di India. Ini berikutan dari kejayaan mereka merobohkan Masjid Babri .

Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad . Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masehi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah ‘Tejo-Mahalaya’ iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

Bukti
Batu-batu yang diambil di tebing Sungai Jumna telah dibuat ujian tarikh karbon. Hasilnya batu itu 300 lebih tua dari period Shah Jahan. Ujian itu dilakukan oleh Marvin Miller, ahli ekonomi di New York.
Johan Albert Mandelso seorang pengembara Eropah yang melawat Agra pada 1638 , tujuh tahun selepas kematian Mumtaz Mahal . Beliau tidak menyatakan sebarang kerja-kerja pembinaan Taj Mahal.
Peter Mundy seorang British melawat Agra pada tahun Mumtaz Mahal mati. Katanya Taj Mahal telah sedia wujud sebelum Shah Jahan berkuasa.
Beberapa panel pada makam menggunakan lambang Hindu seperti Om dan Swastika.

Tuesday, 24 February 2009

Akhir Zaman...

Assalamualaikum saudara-saudaraku dan saudara-saudara seislam ku...

Alhamdulilah...syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya , akhirnya dapat saya menulis di internet setelah sekian lama mencuba...

Saudara-saudaraku yang dikasihi...

Mutakhir ini , terlalu banyak peristiwa-peristiwa pelik yang diluar kawalan batasan manusia berlaku dan yang terakhir adalah lapuran atau berita tentang hilangnya kalimah-kalimah suci yang difirmankan oleh Allah SWT dari kitab suci sekalian umat islam iaitu Al-Quran.(lapuran dalam Harian Metro...)

Tidak salah kita membuat berbagai andaian dan kesimpulan tetapi tidak wajar kita ketepikan ia begitu saja dengan mengatakan bahawa ia adalah kesilapan semasa percetakan...jangan begitu mudah kita membuat kesimpulan...kelak ###### kita di Padang Masyar nanti.

Dalam menempuh segala kepelikan yang terjadi pada hari ini baik dari secara nyata atau tidak nyata , tidak wajar kita lupa kepada kekuasaan Allah SWT...

Saudara-saudara ku yang dirahmati Allah SWT...

Sejak peristiwa 911, kita begitu dihantui oleh berbagai-bagai cerita tentang akan berakhirnya dunia ini...yang kebenarannya tidak dapat kita buktikan....dan betapa kita semua cuba mencari satu jawapan benar dan nyata terhadap segala cerita yang kita dengar dan sampai kepada kita melalui berbagai cara , email adalah antara cara utama...

dan kisah lahirnya Imam Mahadi begitu mendapat tempat walaupun ia tidak dibicarakan secara nyata dan jelas apatah lagi untuk mendapat tempat di media arus perdana baik cetak atau eletronik...

Peristiwa gempa bumi yang melenyapkan Bandar Aceh untuk seketika lagi menambah keyakinan bagi sesetengah pihak yang begitu prihatin tentang keimanan hari esok..

Dalam menilai apa yang telah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini dan dalam meneka apakah yang akan berlaku di hari mendatang...

izinkan saya mengajak saudara semua melihat serta menilai satu peristiwa penting yang telah berlaku 13 tahun lampau..

Peristiwa itu ialah "terlihatnya beberapa objek dilangit oleh sekumpulan pelajar di kawasan kelang , Selangor " seperti yang dilampirkan...

Apakah ini satu petunjuk dari Allah SWT tentang apa yang akan berlaku pada hari ini?...

Marilah kita sama-sama nilai dan perhati disamping terusan bermunajat dengan Allah SWT agar kita semua tetap dan kemas dijalan Nya untuk menerima petunjuk-petunjuk yang lain agar dapat kita persiapkan diri kita menempuh hari esok yang begitu mencabar keimanan kita semua.



Saya tidak berhajat untuk mengajak saudara menilai kesemua 26 objek yang dilihat oleh pelajar tersebut kerana tidak semua objek yang dilihat itu dapat saya simpulkan secara nyata kepada saudara melainkan berdasarkan kepada keimanan sendiri untuk menilainya..

tetapi dengan mengambil kira beberapa objek untuk sama-sama kita fikirkan , saya percaya ia sudah mencukupi untuk kita melangkah , berkata-kata , memerintah dan memacu masyarakat dengan lebih berhati-hati dan lebih bersungguh dalam menegakkan syariat Allah SWT..

1- antara peristiwa besar yang mengemparkan dunia pada akhir tahun 2004 ialah gempa bumi yang membawa Tsunami melanda bumi aceh...


tentu tidak kita lupa beberapa hari sebelum kejadian , para nelayan di sekitar pantai kedah - pantai kota kuala muda kedah telah mendapat durian runtuh dengan hasil tangkapan ikan yang begitu lumayan sekali....

dan ikan adalah salah satu objek yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT kira-kira 13 tahun yang lampau...

Apakah ikan yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT itu sebagai petunjuk awal dari Allah SWT tentang "gempa bumi yang membawa kepada Tsunami" akan berlaku dengan perintah Nya dan akhirnya menggemparkan kita semua manusia di bumi yang satu ini?....

dan saya percaya banyak lagi peristiwa "ikan berkelakuan pelik" ini berlaku tetapi tidak sampai kepada umum secara nyata sebelum tsunami berlaku...

dan pada hari ini , ikan juga begitu sukar untuk didapati di lautan dan bilangannya telah jatuh begitu mendadak sekali.......

Apakah ia adalah petunjuk dari Allah SWT tentang "rezeki" yang bakal ditarik Nya dari bumi ini?....

2 - Dunia pada hari amat gempar dan begitu berwaspada tentang sejenis penyakit yang telah diketahui oleh umum iaitu "bird flu"...

Beberapa langkah keselamatan telah diambil oleh semua pihak berkuasa kesihatan dunia untuk menanganinya sebaik mungkin......kerana jika tidak diawasi sebaik mungkin , berjuta nyawa akan "hilang" akibat penyakit ini......

dan "bird flu" ini telah mengakibatkan berpuluh ribu ekor ayam dimusnah secara nyata seperti yang telah berlaku di Thailand sebaik ia mula merebak......

Apakah penyakit "bird flu " telah dipetunjuk oleh Allah SWT akan berlaku melalui objek "ayam dan burung " yang telah diperllihatkan Nya kepada sekumpulan pelajar yang bertuah 13 tahun yang lampau?....

Atau apakah "ayam" pada hari ini begitu memusuhi umat islam pada hari ini..? seperti yang telah tersebar di dalam email beberapa tahun yang lepas bahawa satu kajian telah mendapati wujubnya "DNA BABI" didalam daging ayam.

Apakah hadirnya "DNA BABI" dalam ayam tersebut adalah akibat dari makanan ayam (palet ) yang dicampur dengan sisa-sisa babi lantas membawa kepada wujudnya penyakit "bird flu" pada hari ini seperti penyakit lembu gila yang akhirnya diketahui berpunca dari lembu-lembu itu di beri makan makanan yang diproses bercampur dengan sisa-sisa binatang...betul-betul menukar kejadian Allah SWT yang menetapkan lembu itu hanya makan tumbuhan secara fitrahnya...

Jika benar makanan ayam ini bercampur dengan sisa-sisa babi , apakah hukum memakan daging ayam tersebut?...akhirnya , satu dunia umat kena tipu......mohon para ulama dapat duduk berbincang tentang dimana letaknya di sisi islam daging ayam yang diberi makan sisa babi sejak menetas ini dan hukum memakannya....


3- Dunia islam telah digemparkan oleh peristiwa perempuan menjadi imam solat jumaat..yang terang-terangan bertentangan dengan ajaran islam.......

Amima Wadud ( kalau ingatan saya masih baik...) itulah namanya...dan dialah perempuan yang benar-benar telah membelakangi secara nyata ajaran islam ini...Apakah beliau sebenarnya perempuan yang bersolat membelakangkan kiblat seperti dalam objek yang telah diperlihatkan oleh Alllah SWT 13 tahun lampau......

Adakah beliau keseorangan atau ada lagi perempuan lain yang begitu patuh pada perintah Allah SWT pada zahirnya tetapi telah mengeluarkan fatwa tidak nyata tentang hukum yang amat bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT?...yang begitu mempengaruhi masyarakat tanpa kita sedari atas apa jua kepentingan atau alasan????.....

Sama-samalah kita fikirkan.........

4- kehadiran Imam Mahadi begitu menjadi sebutan secara diam pada hari ini dan menjadi antara topik hangat perbincangan di internet.....

Antara hadis tentang hadirnya Imam Mahadi ini adalah terkeluarnya tangan dari langit..tak dapat saya ketengahkan hadis tersebut pada masa ini, mohon kepada saudara semua agar ketengahkan hadis tersebut...( saya tak punya masa untuk membelek semua hadis tetang Imam Mahadi ini..

Tidakkah ia amat bertepatan sekali dengan petunjuk objek terakhir yang dilihat oleh para pelajar tersebut?......

Apakah kelahiran Imam Mahadi begitu hampir seperti yang dibincangkan secara diam oleh segenap lapisan masyarakat berdasarkan petunjuk objek ini????.......

fikir-fikirkan.....

dan saya mohon kepada semua agar jangan mudah menepis segala kepelikan dan keajaiban yang telah berlaku dan pasti akan berlaku esok atau lusa dengan kata-kata yang begitu mudah dan dalam diam , ia menghina islam........jangan.....

Jika seorang manusia yang telah hampir ajalnya, diberi petunjuk oleh Allah SWT dalam tempoh 100 hari sebelum hari kematian , apakah mustahil bagi Allah SWT memberi petunjuk awal kepada kita semua tentang akan berlakunya hari kiamat???

Ingat..kiamat adalah hari kemusnahan alam ini...bukan mainan , bukan mainan...kalau hari kematian diberi petunjuk oleh Allah SWT , apatah lagi hari tamatnya dunia alam semesta ini.

Mengapa tidak kita terima segala kepelikan yang berlaku sebagai tanda jelas kasih sayang dari Allah SWT yang Maha pengasih dan Penyayang kepada hamba ciptaan Nya , supaya hamba manusia ciptaan Nya ini segera menginsafi diri dan bertaubat serta kembali kejalan Nya yang lurus dan bukan terusan mencipta kemungkaran melalui berbagai cara dan gaya di muka bumi ini.......

Terimalah segala petunjuk baik yang nyata dan tidak nyata itu adalah bukti kasih sayang Allah SWT yang Maha pengasih dan Penyayang yang tidak terbatas.....begitu juga dengan kehadiran Imam Mahadi dan Nabi Isa......

untuk kembali memimpin manusia di bumi ini agar dapat berpisah dengan sesungguh pisahan dari musuh manusia yang nyata , yang begitu dilaknat oleh Allah SWT....agar manusia ini dapat menetap kekal selama-lamanya di tempat yang diciptakan oleh Allah SWT untuk manusia iaitu Syurga...

Kepada semua umat islam , saya mohon agar anda semua berhati-hati dan tetapkemaskan amalan hidup ini berdasarkan kepada satu aturan yang telah dicipta susun atur oleh Pencipta Agung iaitu Allah SWT melalui satu cara yang telah disampaikan kepada manusia melalui Rasulullah SAW kira-kira 1400 tahun yang lampau dan aturan itulah yang diberi nama "ISLAM".

tiada dua atau tiga aturan yang akan meletakkan manusia didalam syurga selepas diangkat oleh Allah SWT seorang manusia menjadi Rasul Akhir Zaman iaitu Muhamad ...tiada aturan lain selepas kerasulan Nabi Muhamad SAW melainkan "ISLAM"....

Kepada semua pemimpin umat islam di bumi yang satu ini , mohon saya pada kamu semua agar berhati-hati dalam pemerintahan kamu.....jangan mudah perlekehkan islam , jangan mudah menghina islam secara nyata atau tidak.......kerana segalanya telah dipertunjukkan oleh Allah SWT , samada ada kita faham atau tidak saja....kembali tegakkan segala yang telah diperintah oleh Allah SWT......

Jangan mudah kamu mengempur "Rumah Allah" itu jika kamu benar beriman kepada Allah SWT...kerana ###### pasti menimpa kamu , jika tidak di dunia ini , pasti di Akhirat kelak... jika benar kamu beriman kepada Allah SWT....

Kepada semua , sekali lagi saya mohon , berhati-hatilah dalam membuat kesimpulan terhadap segala kepelikan yang berlaku kerana ia mengandungi petunjuk dari Allah SWT....dan perhatikan baik-baik petunjuk objek yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT itu....ia bukan sekadar satu objek yang kosong dan tiada makna...yang tinggal sama ada kita faham atau tidak , sama ada kita mengerti atau tidak sahaja.

JANGAN DIHINA ISLAM ITU BAIK SECARA TIDAK NYATA APATAH LAGI SECARA
NYATA.

Tak Sedar Diri

Bagi mereka yang pengsan ataupun pitam, artikel ni takde mengena dengan korang. Korang bukannya boleh baca sambil pengsan pun. Tak sedar diri kat sini bermaksud mereka-mereka yang ada kesedaran dalam keadaan sedar seolah-olah akal fikiran kurniaan Tuhan tidak berfungsi. Takde otak senang cakap.




Tak sedar diri milik Allah
Ni biasa, rasa diri hak milik persendirian. Nak buat apa suka hati masing-masing. Orang lain jangan nak sibuk. Waima Pak Imam pun jangan banyak cakap, dok masjid diam-diam sudah. Apa korang nak buat dengan tangan, kaki, kepala, mata korang itu korang punya pasal-lah. Tak sedar tangan, kaki, kepala, mata korang tu le yang akan jadi saksi utama bila dibicarakan di High Court Rabbul-Jalil nanti. Buatlah apa korang suka sementara kat dunia ni. Akhirat belakang kira. Tu yang dapat buku akaun pahala dosa dari belakang.


Tak sedar Allah melihat
Oleh sebab korang tak nampak Allah jangan ingat Allah tak nampak apa yang korang buat. Ada satu riwayat tok guru pesan kat anak murid dia kalau korang nak buat dosa, buatlah, tapi pastikan korang buat dosa tu kat tempat yang Allah tak nampak korang. Kat mana tu? Kalau ada sila bagi tau kengkawan ye.


Tak sedar Allah mendengar
Cakap ikut sedap mulut. Bab agama pun dia buat lawak, fatwa dia perlekah-lekeh, Nabi dia kata orang biasa macam kita. Ingat Allah tak dengar ke? Waima korang berbisik pun akan direplaykan kat Mahkamah Mahsyar. Apa terlintas dalam hati pun Dia dengar. Hati korang yang tak beriman berkata-kata menolak kekuasaanNya, kebesaranNya, keesaanNya, semua tu ada rekod. Mana ada istilah 'off-the-record' sebenarnya.


Tak sedar diri berdosa
Pahala dosa korang pakai matematik akal. Asal tak buat dosa-dosa besar, asal sembahyang lima waktu, boleh masuk syurga dah. Banyak cantek. Ngumpat tu macam mana kira? Makan riba? Rasuah? Fitnah? Syirik? Riak? Rembat hak orang? Tipu dalam bisnes? Tipu rakyat? Tipu laki? Tipu bini? Ke korang ingat semua ni sunat? Ada tanda halal? Makan kedai mamak boleh la mintak mamak kira, bab ni kena kira sendiri. Tak reti pergi mengaji.


Tak sedar diri nak mampos
Kita pergi melawat orang mati pun takde rasa apa-apa. Yang dah mati, mati la, korang hidup lagi. Masalahnya sampai bila? Lama lagi ke? Ingat malaikat Izrail nak buat appointment dulu ke? Tak tau ke si Izrael tu hari-hari melawat korang nak cek time korang dah sampai ke belum? Kita aje yang tak sedar. Rasa macam nak enjoy life lagi, rasa tak puas buat dosa lagi, rasa nafas tak semput lagi. Sah tak sedar diri

Saturday, 21 February 2009

Asal Usul Bangsa Siam

Oleh T. Nai Long Kasim Ibni T. Nai Long Ahmad

Saya ingin menceritakan semula sejarah bangsa Siam Islam agar dapat dijadikan rujukkan dan penyelidikkan oleh peminat sejarah di Malaysia kemudian hari, sepertimana diwasiatkan kepada saya hampir 50 tahun yang lalu. Artikel-artikel kami sebelum ini telah menegaskan dengan lantang, bahawa bangsa Thai di Thailand hari ini bukanlah berasal dari bangsa Siam Islam yang kini menetap di negeri-negeri di Utara semenanjong Malaysia. Sejarah bangsa Siam ini (Xi'an, Chinese: 西安; pinyin: Xī'ān; Wade-Giles: Hsi-An; Postal System Pinyin: Sian; Portugese: Siam) seperti yang diwasiatkan kepada saya, ada tercatat didalam Al Quran. Kita teliti Al-Quran, surah Al Khafi ayat 94 – 98 seperti berikut,

Ayat 94, Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Ayat 95, Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Ayat 96, Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.

Ayat 97, Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Ayat 98,(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

Izinkan kami menceritakan sejarah yang kami ketahui. Walau ada banyak 'version' yang kita boleh baca hari ini, izinkan kami menceritakan 'version' kami pulak. Bagi kami Surah Al Kahfi menceritakan sejarah Raja Iskandar Zulkarnain (Cyrus the Great) pendakwah agama Allah dari bangsa Siaman China. Perkataan “China” (Chey Na), adalah dari bahasa Siam bermakna “Datuk Petunjuk” yang bermaksud pendakwah agama yang memberi petunjuk agama Allah kejalan yang benar dan lurus. Bangsa Siam ketika itu adalah satu bangsa di negeri China, tinggal disebuah tempat bernama Saimen (xian) dizaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Orang-orang Arab dizaman dahulu menggelar bangsa Saimen ini sebagai Sumu Ul Amir. Sumu Ul Amir bermakna “satu bangsa darjat yang tinggi berketurunan raja”. Gelaran ini diberikan oleh kerana Raja Siam Iskandar Zulqarnain adalah berasal dari keturunan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Daud yang di anugerahi oleh Allah SAW kitab Zabur.

“Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripada nya”, Surah Al Kahfi, ayat 90.

Allah telah memerintahkan Raja Iskandar Zulqarnain supaya menyampaikan agama Allah kepada kaum yang zalim dan syirik, menyembah-berhala dan saling berbunuh-bunuhan diantara satu sama lain. Apabila Iskandar Zulkarnain sampai di Asia, dua bangsa yang bermusuhan saling bunuh membunuh antara mereka ialah bangsa Nyajud (Buddha) dengan bangsa Majud (Confucius). Iskandar Zulqarnain dan pengikutnya telah berjaya menyampaikan agama Allah kepada bangsa Majud seterusnya menjadi raja kepada bangsa Majud tersebut. “Majud” dalam bahasa Siam Kedah bermakna “mari berhenti”, iaitu berhenti dari melakukan kerja-kerja khurafat dan sebagainya. Bangsa Majud menerima agama Allah apabila seruan agama tiba dibawa oleh Raja Iskandar Zulkarnian dan pengikut-pengikutnya.

Hadis riwayat Imam Ahmad menerangkan Yakjuj dan Makjuj bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah penduduk Asia Tengah. Ada ulamak mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dari benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90, sampai ‘di tempat terbit matahari’ atau timur dunia. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul. Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus ada sehingga ke hari ini tetapi dipisahkan daripada dunia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Huraian hadis diatas bagi kami adalah benar jika kami rujuk kepada wasiat yang sedia ada.

Allah mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayamnya Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud “kawasan dia”.

Dari kitab Al-Quran surah Al-Khafi ayat 96 diatas, menceritakan secara tersirat bagaimana Allah mengujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China membina tembok besar dan ia menghembuskan api kepada bangsa Nyajud yang mengganas ketika itu. Apakah makhluk ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na Ghka) yang dijadikan oleh Allah. Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut sedangkan kita tahu Burung gergasi yang membawa batu dari neraka pun mampu dijadikan oleh Allah, memusnahkan tentera bergajah. Dalam bahasa siam Na-ghka bermaksud, Datuk-Bunoh. Dengan itulah orang-orang China menjadikan Naga sebagai lambang kekuatan Maharaja China. Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnian siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah iaitu Nyajud telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet tempat bangsa Yajuj ini tinggal, dalam bahasa Siam bermakna, “tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam)”.

“It used to be thought that, before the 13th century, Tais had dominated a kingdom called Nanchao in Yunnan, but had been dispersed southwards by a Mongol attack in 1253. Scholars no longer hold this theory. Instead the evidence suggests long, slow Tai migration over many centuries, beginning in western China, or even further north, and spreading southwards from the 7th century (malah,lebih awal lagi)”. History of South Asia, Asean Focus group.

Bangsa Majud terus menetap dan menjadi bangsa Saimen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian (sila Yahoo search; history of tibet china conflict). Dari bukti buku sejarah “Peradaban Dunia” oleh Yew Chee Wai,ms 22 & 23, Empayar Chin telah di asaskan oleh Maharaja Siamen China Shih Huang Ti (Qin Shih Huangdi, 221 SM) dan meneruskan konsep pemerintahan Raja Siam Iskandar Zulkarnian dinegeri China. Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah ini dikatakan sebagai bukan islam. Akan tetapi sewaktu memerentah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucuis dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapa pula buku Confucius yang dimusnahkan?, kerana puak Nyajuj telah berpindah ke Tibet dan saki baki pengikut Confucius masih lagi ada di Negeri China ketika itu.

"Other schools of thought and philosophy were outlawed, especially Confucianism. Many of its teachers were executed and their books burned. By 221 B.C. Ch'in Shih-huang-ti had conquered his rival states and unified China. In an effort to reinforce the idea of a unified China, Ch'in Shih-huang-ti instituted a program to standardize the Chinese language, as well as measurements for width and length, and a series of roads and canals were built to converge on the capital city of Xianya".

"To protect his state from a Hunnish tribe of people to the north known as the Hsiung Nu, Ch'in Shih-huang-ti embarked on an amazing effort to connect the walls and fortresses, created during the Warring States Period, to protect his kingdom. The result was the Great Wall of China. It spanned, not including its many branches, 4,160 miles (6,700 km), and is one of the largest manmade features on Earth."http://www.bookrags.com/research/chin-shih-huang-ti-scit-011234/

Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian keagamaan malah cuba mencari kehidupan abadi namun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi diketahuinya melalui peringkat awal agama Islam dahulu. Pendapat kami mengatakan Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu pembinaan tembok besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.

Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam dan ini mungkin menyebabkab seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa. Kita pun pernah mendengar kisah-kisah ulamak-ulamak Karamah dan orang-orang Islam Maunah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata sahaja, pedang terbang dizaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib dibawah dua Kalimah Syahadah terdiri dari tentera alam atas dan bawah dll. Ini kami tiada bukti, sebab tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat ‘la hawlawalla’ ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca disini untuk direnungkan sahaja. Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini (lihat Rukun Iman) kerana Allah pun Ghaibulguyup. Kalau kita tak percaya, mungkin kepercayaan kita kepada Allah akan terjejas juga. Walau bagaimana pun anda boleh membacanya di sini,
http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg37824.html

Masa pun berlalu beberapa abad lamanya dan agama Allah menjadi pudar semula di negeri China(700 tahun lebih). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Mohammad SAW, Saad Bin Waqas telah diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maha Raja Siamen China, Sai Ti Song (650 masihi). Maha Raja Siamen China Sai Ti Song dengan mudah telah menerima agama Islam kerana telah mengetahui kisah Raja Zulkarnian yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman dahulu. Baginda memerentahkan putera baginda Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.“Khen Jang” (Qinqiang, rujuk daerah Shaanxi di China) adalah dari bahasa Siam bermakna “naik jangkah”.

Maha Raja China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong pula kemudiannya telah memerintahkan kepada putera sulongnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiyah ke Semenanjung Tanah Melayu manakala putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) pergi berdakwah Islamiyah ke Vietnam (bagi yang berminat elok juga siasat siapa Jayavarman I dari Empayar Chen La). Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, sekiranya anakanda sampai kepada satu gunong, dimana terdapat tinggalan istana dan masjid di punchaknya, maka, “anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita”.Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam bermakna, Naga Laut Pembesar Puak Tentera (bangsa Harimau).
Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,

a) Ser-meang (Semang) bermaksud “Tentera Negara”.
b) Ser-kai (Sakai) bermaksud “Tentera Berniaga”.
c) Ja-khon (Jakun) bermaksud “Orang Perubatan”.
d) Bo-ro-mo”bermaksud “Puak Berpengetahuan Alim Ulama”.

Kami tidak mahu mengaitkan dengan orang-orang asli yang rata-rata terdapat di semenanjong, tetapi itulah hakikat sebenar maksud perkataan diatas. Raja Siamen China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong memberi surat Kedah (watikah) kepada Puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang di maksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai pada satu gunong dan mendarat dikawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya telah mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.

Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, “Surat Kuasa Pemerintah” (watikah).
Ser-ma-nan-jong bermaksud, Tentera-yang datang-lama-tergantong,
tha-naa bermaksud, menunggu-datuk
maa-la-yoo bermaksud, mari-lah-duduk

Bangsa Siam telah menuruti jalan kearah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Noh Alaihissallam, berketurunan Wali Al Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Noh berlabuh setelah air bah surut, iaitu sebuah gunung di gelar Gunung Jodi mempunyai maksud dalam bahasa siam iaitu “tempat duduk yang selamat”.

Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Noh turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.

Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah seperti berikut,

Bangsa Iraq (E-raq) bermaksud “Kawan Baik”
Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud “Tegor Menegor (dalam Ahli Bahtera Nabi Noh)”
“Parsi” bermaksud “Bawa Kitab Seruan Agama Islam”

Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al Khafi ayat 86, Allah memerintah kepada Raja Iskandar Zulqarnian menyeru ke agama Islam dengan membinasakan mereka kaum kafir atau menjadi tawanan.

“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al Khafi, ayat 86.

Jika kita renungkan ayat diatas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.

Bahasa siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang mana tidak ada makna langsung dalam bahasa melayu hari ini. Ada pakar bahasa mengatakan ia adalah bahasa Pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa Pali membawa kepada bahasa kawi membawa kepada jawi dan akhir sekali rumi sepertimana tulisan diblog ini. Begitu uniknya bahasa Siam ini, kami berpendapat ia haruslah dibuat kajian oleh pakar bahasa di negara kita hari ini. InsyAllah sudah ada pihak yang sedang mengusahakannya.

Nyajud dan Majud dari perkataan Siam Islam yang kami ceritakan disini berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah SAW . Kelahiran kedua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang kami tidak ketahui sepenuhnya, walaupun ada sedikit maklumat. Bukan disini tempatnya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat penilaian kerana tugas dan amanah untuk menceritakan semula sudah dijalankan. Walau bagaimana pun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas. Wallahualam.

Saya takkan ampunkan dosa isteri saya

Reply
petikan dari e-mel…

SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.

Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.

Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.

Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.

Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.

Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.

Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.

Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

Asal usul dajal

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Yakjuj & Makjuj (Berita Gempar Dari NASA!!!)

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

~ Terjermahan bebas ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found Living Under The Earth“

Jarum-Jarum Israel dari Singapura


Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.

Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).
Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia

Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian


1. Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus.


2. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.


3. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.


4. Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.


5. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.


Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.
Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara

Sunday, 08 February 2009

Lagu untuk Gaza oleh Michael Heart

Sebuah lagu baru - baru ini menjadi trend dan banyak dicari oleh pengguna internet. Lagu yang berjudul “We will not go down (Song for Gaza)” yang dibawakan oleh Michael Heart (thanks for create this songs) ini memang sangat menyentuh sekali. Saya pun merasa tak bosan ketika lagu ini saya putar secara berulang - ulang. Apalagi jika ditambah dengan melihat videonya dari youtube yang menggambarkan kekejaman para Zionis Israel di Jalur Gaza terhadap warga Palestina. Saya jamin anda akan terharu mendengar dan melihat videonya. Kau memang kejam Israel … fu*k you Israel.

Berikut dibawah ini anda dapat menikmati videonya dari youtube, membaca lyricsnya dan download lagunya:

We will not go down (Song for Gaza)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

Jom Boikot Israel




Klik di sini untuk sebarkan banner boikot
kepada semua umat Islam